Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Yang Hormat Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP[1] (Jawi: سيتي نورهاليزا بنت تارودين ; IPA: [ˈsiti nʊrhaˈliza ˈbinti taˈrudɪn]; lahir 11 Januari 1979)[Nota 1] merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen, ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Juga seorang Penyanyi Nombor 1 Malaysia dan Asia Number 1 Has Won Over 200 Awards As a Singer. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995[2][3][4] di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.[3] Single sulungnya, "Jerat Percintaan" telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.[5] Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia. Dan beliau juga telah digelarkan sebagai Diva Asia dan Ratu Pop Asia oleh peminat muzik di luar negara.Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.[6][7] Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999,[8] dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.[8][9]Sehingga kini beliau telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara, dengan itu beliau telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi dan anak seni paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia .[10][11] Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 43 Anugerah Industri Muzik, 25 Anugerah Bintang Popular, 28 Anugerah Planet Muzik, 20 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records. Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.[12]Berbekalkan dengan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit. Beliau kini merupakan antara artis yang paling berpengaruh di Kepulauan Melayu, Rantau Nusantara dan Asia Tenggara apabila beliau telah diundi sebanyak 10 kali berturut-turut untuk kategori Artis Serantau Paling Popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula pada tahun 2001 sehingga 2011.[13] Kini, beliau telah tersenarai sebagai salah seorang artis yang paling berpengaruh, paling banyak memenangi anugerah dan paling terkaya serta banyak menerbitkan single.[14] Beliau merupakan seorang artis Malaysia paling laris, untuk 2000, jualan album beliau sahaja menyumbang kepada 10 peratus jumlah jualan album Malaysia.[15] Sehingga kini, beliau telah menjual lebih daripada 4.9 juta dalam jualan rakaman.Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahlidelegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Pada tahun 2005, beliau menjadi artis pertama dari Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert secara solo di Royal Albert Hall, London dan diiringi oleh Orkestra Simfoni London.[16] Pada tahun yang sama juga, beliau telah disenaraikan di kedudukan kedua sebagai Asia's Best Musical Artiste oleh MTV Asia[17] dan Biggest Asian Artiste oleh Channel V juga di kedudukan kedua.[17] Pada tahun 2008, beliau telah dinamakan sebagai salah seorang Asia's Idol oleh Asia News Network (ANN).[18] Manakala pada tahun 2014 pula beliau menerima penghargaan gelaran tertinggi dan teragung di Asia sebagai Asia Music Legend daripada Top 10 of Asia. Kejayaannya di rantau Asia melayakkan Siti menerima gelaran tertinggi termasuk Suara Asia [19] dan Celine Dion Asia.[20] Beliau merupakan Penyanyi No.1 Asia paling banyak memenangi Anugerah, hingga kini beliau telah memenangi lebih daripada 200 anugerah.Beliau adalah diantara penyanyi paling berjaya di dalam sejarah Asia dan pertama paling berjaya di rantau Asia Tenggara dan Beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi 2016 dan 2017.[21] Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).

Siti Nurhaliza

Pekerjaan
Ibu bapa
  • Tarudin Ismail (bapa)
  • Siti Salmah Bachik (ibu)
Pasangan Khalid Mohamad Jiwa (k. 2006)
Anak Siti Aafiyah binti Khalid
Tahun aktif 1995–kini
Anugerah Lihat senarai penuh
Pengkarya berkait
Nama lain CT Nurhaliza, Siti, Kak Siti, SN, Tokti, Mak Iti
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Suria Records (1995-2005)
Siti Nurhaliza Productions (2006-kini)
What's Up Entertainment (2011-kini)
Universal Music Malaysia (2011-kini)
Laman web www.SimplySiti.com.my
Saudara Rafidah Ibrahim (sepupu)
Keluarga
  • Saiful Suhairil (abang)
  • Saiful Bahri (abang)
  • Saifullizan (abang)
  • Siti Norsaida (kakak)
  • Mohd Hafiz (adik)
  • Siti Nursairah (adik)
  • Mohd Ali (adik)
Kelahiran Siti Nurhaliza binti Tarudin
(1979-01-11) 11 Januari 1979 (umur 41)
Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia
Genre
Kediaman Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor

Rujukan

WikiPedia: Siti Nurhaliza http://mediapermata.com.bn/kemenangan-aim-22-penca... http://www.mynewshub.cc/2016/06/22/hari-kemenangan... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/creacion-jen... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/datuk-siti-n... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-05/0... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1279654... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1426675... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1483499... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1505644... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1508861...